HALAMAN 2

Jumaat, 21 Jun 2013

SKEMA LATIHAN RINGKASAN 3- Kepentingan Sukan Untuk Mempertigkat Kecemerlangan Pelajar


Contoh jawapan:

Bahagian A (i) - Ringkasan.

        Antara kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid (Isi 1). Selain itu, murid yang bersukan akan terdidik mengagihkan dan menentukan masa dengan sewajarnya antara bersukan dan belajar (Isi 2.) serta mereka memberikan perhatian sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.(Isi 3) Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat fizikal dan mentalnya (isi 4). Seterusnya, sukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir(Isi 5)  Akhirnya, bersukan dapat menerapkan semangat berpasukan yang tinggi (Isi 6) dan semangat juang yang kental sehingga berupaya menerima kegagalan secara positif.(Isi 7)

(80 patah perkataan)


Bahagian A (ii) - Pemahaman
  1. Berikan maksud berganding bahu dalam petikan.

    Rangkai kata 'berganding bahu' bermaksud bekerjasama.

  2. Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid?

    Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid ialah Majlis Sukan Negara memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia membina lebih banyak sekolah sukan.

  3. Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?

    Pada pendapat saya, sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan kerana mereka menganggap menyertai aktiviti sukan hanya membazirkan masa anak-anak mereka dan masa tersebut lebih baik diisi dengan mengulang kaji pelajaran. Selain itu, ibu bapa khuatir jika anak-anak mereka aktif bersukan, pelajaran mereka akan terabai kerana keletihan yang menyebabkan mereka kurang bertenaga untuk belajar ataupun mengantuk ketika di dalam kelas.

Tiada ulasan: