HALAMAN 2

Khamis, 20 Jun 2013

BISKUT SUJI KRISTAL-PELANGI



















BISKUT SUJI CRYSTAL PELANGI

Bahan A - Diayak bersama
250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125 gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tampa minyak dlm kuali)
1/2 sudu teh perisa vanila
200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
pewarna hijau, pink, dan kuning




























CARA-CARA:

1-  Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
2-  Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
3-  Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
4-  Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
5-  Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini 
      kepada 10 gm setiap satu.
6-  Boleh bulatkan setiap doh tu 3  gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan 
      menjadi bentuk guli.
7-  Susun doh ke dalam dulang pembakar
8-  Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit
9-  Biarkan sejuk setelah masak.
10-Kemudia salutkan dgn gula caster

Tiada ulasan: