HALAMAN 2

Isnin, 10 Jun 2013

BISKUT ADMON LONDON RANGUP.

Almond London Rangup - Terbaik




Almond London Rangup

Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm gula kaster
50gm nestum(-kisar halus)
100gm tepung jagung
200gm tepung gandum(secukupnya) - guna tepung redrose dan menambah 30g lagi utk mendptkan doh2 yg sedang elok
Kacang badam secukupnya (dipanggang)
1 sudu teh esen vanilla  
Almond nib secukupnya sbg hiasan.
Coklat masakan
Papercup

Cara2 membuatnya:

1)  Putar mentega dgn gula hingga sebati
2) Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
3)  Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata
4)  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut
5)  Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
6)  Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
7)  Bakar pada suhu 170 dlm 20 - 25 minit

Untuk salutan coklat:

1)  Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling.  Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.

2)  Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara.

* Hiasan atasnya boleh juga letak almond nib  .

Tiada ulasan: