HALAMAN 2

Jumaat, 21 Jun 2013

Latihan Ringkasan 6 - Faedah Penglibatan Rakyat Malaysia dalam Misi Angkasa Lepas


Isu - Faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


            Misi menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas yang bermula pada tahun 2003 akhirnya sempurna sekembalinya Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi selepas 11 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam. Walaupun detik bersejarah itu tercatat 46 tahun selepas kejayaan angkasawan pertama Yuri Gagari dari Rusia membuat pusingan bersejarah mengelilingi Bumi, namun beliau dikatakan lewat. Malah, catatan Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan ke-141 amat bermakna kepada negara kerana berlangsung bersempena dengan 50 tahun usia kemerdekaan tanah air.
            Penglibatan ini memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas dengan menghantar angkasawan pertama selepas tiga tahun ditawarkan berbuat demikian. Tiada siapa boleh menidakkan betapa kejayaan angkasawan pertama negara menjadi kebanggaan kita sekali gus melonjakan nama Malaysia di arena antarabangsa. Kejayaan menjadikan Program Angkasawan Negara satu realiti pastinya membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini amat serius membangunkan industri angkasa lepas. Kejayaan ini telah menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat. Malah sebelum ini ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan hasil. Selain itu, tanggapan negara maju yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara lain dapat dihapuskan.
            Sesungguhnya selepas mencatat rekod kejayaan ini ialah kelangsungan program angkasawan negara terutama dari sudut penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar. . Disebabkan Sheikh Muszaphar selamat kembali ke Bumi maka program-program untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat. Begitu juga dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan pelan tindakan pembangunan angkasa negara sebagai susulan kepada penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke ISS akan menerima respon yang baik daripada orang ramai.
           Kita berharap Sheikh Muszaphar akan memberi ceramah di seluruh pelosok negara tentang pengalamannya di angkasa untuk menarik minat masyarakat tentang angkasa lepas. Begitu juga dengan hasil penyelidikan Sheikh Muszaphar di ISS bakal membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik. Pelaburan untuk meneroka angkasa lepas yang besar jumlahnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya kelak bakal angkasawan yang dilahirkan di negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari negara luar. Sesungguhnya kejayaan angkasawan pertama kita mesti ada susulannya sebagai bukti bahawa negara serius menyertai masyarakat antarabangsa meneroka angkasa.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana pengarang
“Meneruskan Kejayaan Teroka Angkasa Lepas”, Utusan Malaysia, 22 Oktober 2007)











Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan–soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1 Berikan maksud rangkai kata kelangsungan program.                [2 markah]
2 Apakah tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan?                            
                                                                                                                         [4 markah]
3 Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan iaitu 46 tahun setelah angkasawan Rusia berjaya menerokai angkasa lepas?                                                                    
                                                                                                                           [4 markah]




DAH CUBA?  SEMAK JAWAPAN ANDA DI SINI    SKEMA JAWAPAN

Tiada ulasan: