HALAMAN 2

Khamis, 20 Jun 2013

BISKUT SUJI SALJU

                
Kongsi resepi biskut suji versi baru - Biskut Suji Salju


Biskut suji salju ni sedap sangat. Gabungan minyak sapi, butter, cornflakes, tpng suji dan tpng jagung membuatkan biskut ni rangup dan lemak manis. Biskut ni di saluti susu tepung, lagilah buatkan siapa yg memakannya  sedappp sangat .






BAHAN A :-)
150 gm minyak sapi
100 gm mentega
100 gm gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1biji kuning telur
BAHAN B :-)
100 gm cornflakes, dikisar halus
100 gm tepung jagung
50 gm suji (semolina)
BAHAN C :-)
280 g tepung gandum-ayak

Susu tepung secukupnya -utk salut biskut yg dah masak

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.

Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...


Tiada ulasan: