Tajuk: Pembentukan Hukum DM
Maksud:
D- unsur yang diterangkan manakala M- unsur yang menerangkan unsur pertama
Contoh: perpustakaan mini (Betul)
(D- unsur yang diterangkan) perpustakaan (M - unsur yang
menerangkan)mini
Latihan:
Tentukan sama ada frasa bergaris adalah betul atau salah penggunaannya.
1. Ibu menyuruh kakak membeli sebotol cili sos di kedai runcit. [ ]
2. Lain-lain masalah yang tidak dapat diselesaikan akan dibincangkan
dalam mesyuarat yang akan datang. [ ]
3. Jualan murah itu ditawarkan oleh Giant Pasar Raya yang baru
dibuka pada hujung minggu yang lalu. [ ]
dibuka pada hujung minggu yang lalu. [ ]
4. Makanan di Restoran Tarmizi memang enak kerana tukang masakny
didatangkan khas dari luar negara. [ ]
didatangkan khas dari luar negara. [ ]
5. Saya menukar tayar kereta di Rizalman Kedai Servis Tayar kerana
tayar kereta saya telah haus. [ ]
tayar kereta saya telah haus. [ ]
6. Mereka akan mengemukakan agenda lain-lain pada mesyuarat yang
akan datang disebabkan pertemuan yang diadakan gagal mencapai
kata putus. [ ]
7. Warung goreng pisang itu dimiliki oleh Pak Samad sekeluarga. [ ]
8. Semasa tinggal di asrama, kami sering dihidangi roti bakar dan
rebus telur. [ ]
rebus telur. [ ]
9. Dia akan membincangkan perkara itu dengan lain-lain kawannya
apabila mempunyai kelapangan. [ ]
10. Negara-negara Tenggara Asia telah bergabung untuk membentuk
pakatan yang dinamakan ASEAN [ ]
11. Mereka telah membincangkan lain-lain hal sebelum mesyuarat
itu ditangguhkan. [ ]
itu ditangguhkan. [ ]
12. Ibu memasukkan perasa serbuk ayam itu ke dalam gulai agar
masakannya bertambah enak. [ ]
13. Dia mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Tawakal untuk
mengubati penyakit buah pinggang. [ ]
mengubati penyakit buah pinggang. [ ]
14. Bapa saudaranya bekerja sebagai doktor pakar di Universiti Hospital
sejak setahun yang lalu. [ ]
15. Guru disiplin telah menerangkan lain-lain tindakan yang akan diambil
untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar . [ ]
untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar . [ ]
16. Kudin ditahan oleh tentera polis kerana meninggalkan tugasnya
sebagai tentera. [ ]
17. Puan Senah menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk
mencuci pakaiannya. [ ]
mencuci pakaiannya. [ ]
18. Tingkap cermin di rumahnya pecah akbiat dilontar batu oleh budak-
budak nakal. [ ]
19. Alat penghawa dingin di rumahnya telah rosak walaupun baru dibeli
pada minggu lepas. [ ]
20. Ibu menyediakan goreng nasi dan goreng telur sebagai sarapan
pagi. [ ]
Selamat Mencuba
Semak jawapan - Skema Jawapan latihan hukum DM
pagi. [ ]
Selamat Mencuba
Semak jawapan - Skema Jawapan latihan hukum DM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan