HALAMAN 2

Jumaat, 21 Jun 2013

SKEMA JAWAPAN RINGKASAN 6 - Faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas.


SKEMA JAWAPAN RINGKASAN 6













Senarai isi penting;

1. -  memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas

2. -  melonjakan nama Malaysia di arena antarabangsa.

3. -  membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini amat serius membangunkan industri angkasa lepas. 

4. -  menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat.

5.  -  tanggapan negara maju yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara lain dapat dihapuskan.

6. -   kelangsungan program angkasawan negara terutama dari sudut penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar.

7.  -  Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang

8. -  membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik.

9.  -  Pelaburan untuk meneroka angkasa lepas yang besar jumlahnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya kelak bakal angkasawan yang dilahirkan di negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari negara luar. 

CONTOH JAWAPAN RINGKASAN


         Antara faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas ialah menunjukkan kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan ke angkasa lepas. Malah misi meneroka angkasa lepas turut dapat melonjakkan nama Malaysia ke arena antarabangsa. Di samping itu, merupakan kelangsungan program angkasawan negara terutama dari sudut penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar. Selain itu, mereka dapat membuka lembaran baharu dalam bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik. Akhinya, pelaburan untuk meneroka angkasa lepas dapat dimanfaatkan supaya bakal angkasawan di negara kita mampu bersaing dengan negara luar.                                                                 [80 patah perkataan]



JAWAPAN PEMAHAMAN

1) Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah menyebarkan ilmu yang dimiliki setelah mendapat kejayaan.

2) Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah  tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat kerana ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan hasil. Selain itu, terdapat tanggapan negara maju bahawa usaha Malaysia menyertai misi tersebut adalah untuk menandingi negara lain.


3) Pada pendapat kami, Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan iaitu 46 tahun setelah angkasawan Rusia berjaya menerokai angkasa lepas ialah ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak yakin akan kebolehan yang dimiliki.  Selain itu, tempoh yang lama diambil untuk memilih, melatih dan memastikan calon yang benar-benar layak untuk menjadi wakil angkasawan bagi negara Malaysia


Tiada ulasan: