SMK DATO’ SYED ESA, BATU PAHAT,
JOHOR.
PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN SATU
BAHASA MELAYU – 2013
BAND
|
3
|
PERNYATAAN STANDARD
|
Memahami dan memberikan respons
terhadap maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis
|
DESKRIPTOR
|
B3 DB1
Membaca petikan dan mengenal pasti
isi-isi penting.
|
EVIDENS
|
B3 DB1 E1
Menyaring maklumat daripada bahan yang
dibaca.
|
NAMA : _____________ TINGKATAN :
_______________
NO KAD PENGENALAN: ______________ TARIKH : _______________
Arahan:
1. Baca petikan secara senyap dan gariskan isi-isi penting tentang peranan pusat sumber sekolah
2. Tulis ringkasan lengkap.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
satu ringkasan tentang peranan pusat
sumber sekolah Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan untuk menggunakan ayat
anda sendiri.
Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai
satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu dan
sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan
merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat yang merupakan
tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang kedua-dua tempat
ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah.
Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat
untuk menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan
koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri
megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar
dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual
warga sekolah, khususnya murid. Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Melayu yang menjadi satu daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat
sumber sekolah dapat mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam
program peningkatan akademik.
Pusat
sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran.
Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan
moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri.
Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan
merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat
sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki
kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk
masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan
supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi
dengan alat bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan
proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk
penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu,
pusat sumber sekolah mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah,
tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan
bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan
pelajar.
Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber
sekolah sangat luas. Di samping memupuk minat gemar membaca dan membuat
penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber
sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, berfikiran matang,
berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan mereka berdasarkan
minat dan kecenderungan masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai
daripada ‘Pusat Sumber Meningkatkan PenguasaanBahasa Melayu’ oleh Zuridah Hanim
Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011)
Tandatangan Pelajar Tandatangan
Pentaksir
……………………………… ……………...........
Menguasai
|
|
Tidak Menguasai
|
Sila klik DI SINI untuk melihat instrument guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan