LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU
Oleh: Tan Hui Lian
Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita?
Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
10 ulasan:
Babi lah
saya penat lah nak cari karangan ni semua dh la kena cari pstu salin 10 karangan 'cemerlang' apa bende ni btw sapa yg baca ni goodluck do
Great
🥺🥺🥺
baik
Karangan ni okey lah jugak cuma ada yang typo sikit
fuck off, esok sy ade exam la, aiyo
Bole tk kan tkbole
Mantap bosku
Terima Kasih cikgu sebab memudahkan urusan student
Catat Ulasan