Apakah VLE?
Apakah itu projek 1BestariNet?
|
1BestariNet
adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini,
sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan
dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform
pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi
serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Untuk mengetahui
dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai Kami.
|
|
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?
|
Di
bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan
penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi
dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE)
yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga,
dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan lanjut,
sila layari Penyelesaian Bersepadu.
|
|
Apakah itu Frog VLE?
|
Bayangkan
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah
online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung.
Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan
dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai
contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya,
sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak
markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi
dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah
dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua,
pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
|
|
Kenapa perlu menggunakan Frog?
|
Frog
VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah
digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom
dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk
memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan
dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah
Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik
pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut
bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi
pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven
dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha
untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog
sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara
keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan
pembelajaran dengan menonton video-video ini!
|
|
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?
|
ID
Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk
mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan
log masuk. Untuk mendapatkan alamat
VLE
sekolah anda, sila klik di sini.
|
|
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes
1BestariNet saya?
|
ID
Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah
anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
|
|
Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet
saya?
|
Dengan
ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh sumber
dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain
anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.
|
|
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan
pembelajaran?
|
Frog
VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka
serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.
Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga
menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi
serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana
Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh
dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar
boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi
sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang
mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di
internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu
laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru
menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian
bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang
terbukti: Frog
mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah
sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE
turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang
berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk
memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
|
|
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang
pelaksanaan projek 1BestariNet?
|
Laman
Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi
sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan
latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan
diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh
mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita
kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara.
Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau
membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan,
blog, menghantar mesedan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman
Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan
inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh
diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh
dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu
penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond
juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan
pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang
perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan,
para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan
menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi
ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
|
|
Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?
|
Ibu
bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam
Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti
anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran
perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
|
|
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan
lagi?
|
Beberapa
sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi bukan sekolah
anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember 2011
dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Semua
sekolah rendah dan menengah kerajaan akan mendapat sambungan menjelang akhir
tahun 2013.
|
|
Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya?
|
Pelancaran
Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik
sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
|
|
Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi
mengapakah sambung VLE belum tersedia lagi?
|
Beberapa
sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum boleh
mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi
akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
|
|
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.
|
Anda
boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda di sini.
|
|
Saya menghadapi masalah dengan sambungan internet atau
VLE.
|
Untuk
bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan
Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, kami mempunyaiPortal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir
Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan