HALAMAN 2

Rabu, 26 Jun 2013

TUGASAN BM - TINGKATAN 1 CERDIK & 1 BESTARI 2014


ASPEK KAJIAN KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU ( KOMSAS)
SKOP KAJIAN  TEKNIK PENCERITAAN 

Skop Kajian Teks Sastera

1. Sinopsis:
     Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah
     novel atau cereka.

2. Tema : 
     Persoalan/idea utama yang hendak disampaikan oleh penulis dalam 
     sesebuah karya.

3. Persoalan: 
     Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya
     mereka.

4. Plot : 
   Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah cerita yang terjadi atas SEBAB 
   dan AKIBAT.  Terdiri daripada 4 peringkat :
   a)    eksposisi/permulaan cerita 
   b)    perkembangan dan perumitan cerita
   c)    klimaks/kemuncak cerita dan 
   d)    peleraian/penyelesaian masalah.

5. Watak : 
    Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau 
    pelakon cereka yang yang dicipta oleh seseorang pengarang. 
    Watak baik digelar protagonis dan watak jahat digelar antagonis.

6. Watak Utama : 
    Watak yang menjadi fokus utama yang mengerakkan sesuatu cerita.

7. Watak Sampingan:
    Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak Utama.

8. Latar :
    "Setting” atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana 
    sesuatu peristiwa itu berlaku.

9. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa

10. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang meliputi
      zaman,  musim dan masa.

11. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat semsa peristiwa 
      dalam cereka berlaku

12.  Nilai Murni:
       unsur-unsur bernilai baik/positif yang boleh dicontohi dalam kehidupan

13.  Mesej/Pengajaran:  
       Unsur atau perkara yang boleh dijadikan peringatan, pedoman dan 
       pengajaran kepada pembaca



Teknik Penceritaan dalam Teks Sastera

1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca 
     tertanya-tanya  mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi.

2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara tiba-tiba.

3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan secara jelas/
     perlahan kepada orang lain.

4. Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian
     seperti ratapan, doa, dan perasaan watak.

5. Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya 
     dirinya yang mendengar dan memahami apa yang diucapkan

6.  Prolog /Prakata: Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai bentuk 
     seperti puisi, nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah 
     seorang pelakon.

7.  Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau karya. Boleh 
     diucapkan dalam bentuk puisi, syair atau huraian pantun. 

8. Teknik Pemerian:Pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang 
     suasana latar  dan peristiwa yang dialami oleh watak.

9.  Teknik Imbas Muka: Cara pengarang membayangkan/meramalka /
      membuat andaian tentang perkara akan datang yang belum berlaku.

10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan mengingat 
        kembali peristiwa melalui ingatan, khayalan dan sebagainya.

11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa

12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika
       mengembangan sesuatu plot.

13. Sudut Pandangan Orang Pertama: Kata ganti nama diri pertama, iaitu ‘aku’
       seringkali digunakan.

14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan dirinya di luar 
       daripada watak-watak atau pelaku-pelaku yang diceritakan. Pengarang 
       kerap menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’.

15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika mendeklamasikan sajak.
- nada melankolik ( murung/sedih )
- nada romantis ( percintaan/keindahan)
- nada protes ( tentangan/ sanggahan )
- nada sinis ( mengejek/mempersenda )
- nada patriotik (semangat kebangsaan)





       




Tiada ulasan: