HALAMAN 2

Khamis, 20 Jun 2013

Beli Oven Baru - Biskut Suji

Assalamualaikum,
Nie nak kogsi resepi favourite ibu cikgu.  Tak seronok raya kalau tak ada kuih ni.  Banyak kali dah ibu cikgu pesan supaya jangan lupa beli (tiap2 tahun memang belipun)  Tapi tahun nie macam ada mood nak buat sendiri kuih raya (insyallah).  Dah beli oven baru- nak pakai oven dapur gas tak yakin..takut.

Taraaaa...oven baru jenama ELBA..harap2 oke.



Ada beberapa biskut MESTI ADA..setiap kali raya

Biskut Suji 



Bahan-bahan
250 gm minyak sapi
150 gm gula aising
150 gm tepung suji
300 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
secubit garam
ceri merah - utk hiasan
cawan kertas secukupnya
Cara-cara
Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang
Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu
Adunkan hingga jadi doh yg lembut. Rehatkan 15 minit
Bulatkan dan masukkan dlm mangkuk kertas
Hiaskan dgn ceri yang telah dihiris kecil
Bakar selama 20 minit sehingga masak


Tiada ulasan: