Kesimpulan:
Penulisan kesimpulan yang tepat perlu mempunyai dua bahagian
untuk mendapat 2 markah penuh
Bahagian yang pertama ialah cadangan yang mesti berkaitan
dengan isu dalam petikan soalan iaitu persediaan
graduan sebelum memasuki alam pekerjaan (C)
Apabila bentuk cadangan, gunakan perkataan perlulah/haruslah
Bahagian kedua ialah aspek KBAT iaitu harapan/tujuan atau
kesan cadangan tersebut (sama ada kepada diri /keluarga/masyarakat/Negara (H)
Aspek KBAT dan tidak boleh diambil dari petikan soalan.
Gunakan penanda wacana – kesimpulannya, (C)...agar (H)
Contoh kesimpulan:
Kesimpulannya, setiap graduan perlu melakukan persediaan
untuk menghadapi alam pekerjaan (c) agar mereka mudah mendapat pekerjaan/masa
depan mereka terjamin/menjadi pilihan majikan (H)
[2 markah]
Kesimpulannya, setiap graduan perlu melakukan persediaan
untuk menghadapi alam pekerjaan.(C)
[1 markah]
Kesimpulannya, semua pihak perlulah memberi peluang kerja
yang sesuai kepada graduan (C) agar mereka boleh membantu memajukan negara.(H)
[2 markah]
1 ulasan:
Thank you
Catat Ulasan