Hari ni, En Suami dan beberapa orang gengnya
sedang sibuk 'upgrade'
garage kereta. Jadi
En Suami pesan suruh
Masak Asam Pedas Kepala
Ikan Merah untuk gengnya
makan. Jadi pagi-pagi
buta dah ke pasar Batu
Pahat cari ikan merah.
Nasib baik ada....kalau
tak kempunan pulak hehe..
haaa......dah dapat ikan sekilo RM 25.00 ..apa lagi
berjoget le dekat dapur..
Resepinya boleh tengok bawah nie.
Asam pedas Kepala Ikan Merah
Bahan-bahannya:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
sebesar ibu jari belacan
1 bunga kantan dibelah (optional)
daun kesum/kari
bendi (boleh celur berasingan, jika mahu)
air asam jawa secukupnya (asam jawa adabi)
garam dan serbuk perasa
Cara-caranya mudah aje;
STEP BY STEP
Bawang bawang, halia dan belacan di blend. Tumis bahan
blend hingga wangi dan masukkan cili giling. pastikan
lada ditumis garing..ye sampai merah pekat cantik warnanya.
Bila pecah minyak, masuk daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan air agak-agak. Masak hingga mendidih, masukkan
ikan.dan asam jawa. Renih atas dapur dan masuk kacang
bendi. garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat
dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
Jika terlebih masam, masuk air. tapi jangan sampai terlebih
pulak. Kalau terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh
dengan sedikit air.
Credit to pic owner.
blend bawang besar, bawang putih, halia dan belacan |
Tumis bersama daun kari |
masukkan cili giling |
masukkan bunga kantan dan digoreng garing |
Masukkan air secukupnya |
Masukkan ikan |
masukkan kacang bendi |
masukkan asam jawa, garam dan serbuk perasa |
renihkan dan angkat untuk dihidangkan |
Dah siap dah.....makan dengan nasi panas-panas SAYUR CAMPUR DENGAN
SUUN, PECAL DAN AIR SIRAP LIMAU KASTURI....haa sedap tak..
.meleleh air liur. Taaadaaaa
SUUN, PECAL DAN AIR SIRAP LIMAU KASTURI....haa sedap tak..
.meleleh air liur. Taaadaaaa
1 ulasan:
Terima kasih sudi share cara masak assam pedas nie. Teringin nak makan.. akan cuba resepi tersebut.
For sharing tips menurunkan berat badan
Catat Ulasan