Malaysia
terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersatu
padu. Kemukakan pendapat anda tentang
kepentingan perpaduan kaum di negara kita.
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta
akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu
penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme
yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah
bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama
dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di
negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur
buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan
menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh,
nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar
untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang
kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah
berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di
bangku sekolah.
Selain itu, semangat perpaduan
juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan
keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong
akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian
kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini
walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang
menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan
tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum.
Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra
yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri
pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan
dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat
Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza
agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri
dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti
peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat.
Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik
malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.
Seterusnya, sebagai rakyat
Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak terlepas
daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita.
Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua
pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan
itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan
bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan
perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana,
masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain
sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal
ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat
dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina
menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat
dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi
rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan
yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum
menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan
minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar
tidak berlaku permusuhan.
Dasawarsa ini, pendidikan
menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah
dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu
secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.’ Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan
dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu,
penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif
pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan
sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting
dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam
memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Kurikulum yang dibina bukan
sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk
akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini
berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun
1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan
Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong,
bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan
santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita
bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah
di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah
kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan
semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada
ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum
di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan
datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin
keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem
pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar
negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.
Sehubungan dengan itu,
perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama antara
semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim
perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan
kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain.
Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat
diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri
sama tinggi, duduk sama rendahdengan negara-negara maju seperti Jepun,
Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin
meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut?
Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikapmembutakan mata dan
memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk
membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya
terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya
berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat
bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan
kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan
yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.
Jika semua masyarakat
berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah
perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha
Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya
berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah
terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk
perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya
tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua
itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan
payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan
cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa
Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan
elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya
dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya,
semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi
negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.
15 ulasan:
TERBAIK
KK
Terbaik!
Karangan ini ialah salah satu karangan yang tebaik! Terima kasih dan taniah!!! Saya ialah seorang insan yang mencintai dan menghormati semua bahasa!
Yup! :-)
karangan yang baik
BAIL AHH
Sangat membantu...
Trima ksih bnyak2
Sangat membantu...
Trima ksih bnyak2
Thanks for the great essay
Nice.xD
Karangan Perpaduan ini bagus sangat!
Terboekkkkk!!!
Panjang tak panjang letak tepi,tapi karangan ni memang terboek
Terbaik !
Catat Ulasan