Soalan:
Tulis sebuah rencana bertajuk ‘Usaha-usaha untuk memajukan sektor
pelancongan di negara kita.
Analisis
Tema/isu - sektor pelancongan di Malaysia
Tugasan - menulis rencana tentang usaha-usaha memajukan sektor
pelancongan di negara kita.
Format - Rencana
Karangan Contoh:
USAHA-USAHA
MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA
Oleh:
Daniel Lim
Industri
pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi sesebuah negara.Hal
ini demikian kerana industri ini menyumbangkan hasil dan pulangan yang banyak
kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara. Daripada perangkaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, jumlah pelancongan ke Malaysia dari
Januari hingga Disenber 2010 ialah 24.6 juta orang.Pelancongan Asia Barat
menunjukkan peningkatanpada tahun 2006 berbanding tahun 2005.Jumlah pelancong
yang melawat ke Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun tersebut
meningkat 44 peratus kepada 7.23 juta berbanding 5.02 juta dalam tempoh yang
sama tahun sebelumnya meskipun keadaan ekonomi serantau yang lembap kini. Pada
pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti perlu dijalankan untuk menggalakkan
pelancongan di Malaysia.
Sebagai
kesinambungan idea saya, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu
melakukan pelbagai usaha untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Kerajaan
hendaklah menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang
diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik,
kebudayaan dan karnival jualan boleh dilaksanakan dengan komitmen yang padu
bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun hangat-hangat
tahi ayam. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan
promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan
di Arab Saudi.
Usaha memperkenalkan negara ini juga boleh
dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan
maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat
memastikan semua pelancong memperoleh maklumat yang tepat mengenai destinasi
pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi
yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara
berkesan bagi menarik kunjungan pelancong. Hal ini demikian juga mampu menjadi
daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang diminati. Natijahnya, industri pelancongan negara kita dapat
bersinar dan terserlah ke seluruh dunia dan dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara lain.
Selain
itu, pihak swasta haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan
membuka pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia agar industri
pelancongan negara kita dapat bersaing dengan negara-negara lain di dunia. Hal
ini serupa dengan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak pembinaan hotel lima bintang
yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa
untuk menarik minat pelancong sebagai analoginya, tindakan yang dijalankan oleh
Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan
tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di
hotel tersebut.
Bagi
membuktikan perkara ini, perangkaan yang boleh diketengahkan ialah pertambahan
ketibaan pelancong antarabangsa dan pertumbuhan pelancongan domestik yang kukuh
telah menyumbang kepada peningkatan kadar penginapan hotel purata daripada 59.2
peratus pada tahun 2000 kepada 63.5 peratus pada tahun 2005. Pendek kata,
sekiranya langkah yang konkrit, sistematik dan pragramatik dijalankan secara
berterusan sudah tentu kedatangan pelancongan ke Malaysia bagaikan di
mana ada gula di situ ada semut.
Selain
itu, seharusnya kita tidak mengetepikan peranan sekolah dan peranan
ibu bapadalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Memang
diakui bahawa peranan sekolah dan ibu bapa amat penting dalam pendidikan anak.
Ibu bapa yang menjadi guru di rumah haruslah mengasuh anak dengan sikap melentur
buluh biarlah dari rebungnyatidak harus kita tepikan kerana api takala
kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan. Hal ini supaya anak mereka tidak
terlibat dalam gejala sosial seperti vandalisme yang menjatuhkan imej negara
kita semasa pelancong dari luar negara datang ke negara kita. Bertitik tolak
daripada itu, pihak sekolah berperanan dalam menggalakkan pelancongan di
Malaysia. Oleh itu, subjek yang memperkenalkan Malaysia seperti Geografi dan
Sejarah harus banyak di perkenalkan oleh guru Sejarah.
Langkawi |
Kelab
pelancongan boleh ditubuhkan bagi memupuk minat pelajar untuk melancong.
Seterusnya, pihak sekolah juga bolah manganjurkan aktiviti seperti lawatan
sambil belajar dan pertandingan membuat folio tentang tempat pelancongan untuk
mendalami ilmu pengetahuan pelajar tentang tempat tersebut pelancongan
tersebut.
Kota Kinabalu |
Selain
itu, pihak sekolah juga boleh menampilkan filem tentang adat resam dan
keistimewaan berkaitan tempat pelancongan seperti Sabah dan Sarawak. Dalam
konteks ini, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membawa anak melancong supaya
mereka tidak menjadi katak di bawah tempurung. Hal ini bukan sahaja
dapat merapatkan hubungan antara keluarga tetapi juga dapat merehatkan minda
sekeluarga. Oleh itu, peranan ibu bapa dan sekolah penting dalam menggalakkan
pelancongan di Malaysia.
Kota Kinabalu |
Ketika
negara dan rakyat sedang rakus dan ghairah memburu kemajuan, kita sebagai
masyarakat terlupa menjimatkan pengaliran keluar wang negara.
Apabila melancong di negara kita, wang perbelanjaan untuk pelancongan diperolah
semula oleh kerajaan melalui cukai yang dikenakan. Sekiranya melancong ke luar
negara, segala perbelanjaan diperoleh oleh rakyat dan kerajaan negara asing.
Perkara ini akan merugikan diri sendiri serta negara. Di samping itu, melancong
dalam negara dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Dengan mengunjungi
tempat-tempat yang belum pernah dilawati, kita dapat menambahkan pengetahuan
dan mengenali secara lebih mendalam dan lebih dekat dengan khazanah warisan
bangsa di tanah air kita.
Tambahan pula, kita dapat mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat serta panorama di negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan aktiviti melancong dalam negara, kita akan mengetahui apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di tempat berkenan berbanding dengan tempat sendiri, kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk pembangunan negeri. Kita harus melancong di negara sendiri demi menghayati warisan khzanah bertaraf dunia yang masih belum dilawati.
Tambahan pula, kita dapat mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat serta panorama di negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan aktiviti melancong dalam negara, kita akan mengetahui apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di tempat berkenan berbanding dengan tempat sendiri, kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk pembangunan negeri. Kita harus melancong di negara sendiri demi menghayati warisan khzanah bertaraf dunia yang masih belum dilawati.
Deduksinya,
pelbagai usaha dan kempen perlu diteruskan dan dipergiatkan untuk menarik lebih
banyak pelancong agar melancong ke negara kita. Rentetan itu, sinergi daripada
semua pihak sangat penting bagi memajukan industri pelancongan di negara kita.
Pihak kerajaan, pihak swasta, agensi pelancongan dan rakyat negara kita perlu
berganding bahu bagi meningkatkan martabat industri pelancongan. Hal ini
bersesuaian dengan pepatah Melayu iaitu hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah. Sekiranya rakyat dan pelbagai pihak tidak bekerjasama,
sudah tentulah matlamat untuk memajukan ekonomi negara kita tidak akan
tercapai. Oleh itu, kejayaan dalam sektor pelacongan di negara kita dapat
direalisasikan sekiranya semua pihak berusaha memajukan industri pelancongan
kerana pepatah mengatakan, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
[823 patah kata]
11 ulasan:
Terima kasihhh.. isi ini sedikit sebanyak membantu... :)
kamsahamida!
,,,,,,,
electric ina botle
how much word
Wap dance
Gomawo
Kamsahamida
��
Mantap mama lu pasti bangga
Semoga kalian juga berjaya Dunia& Akhirat
Catat Ulasan