HALAMAN 2

Jumaat, 14 Jun 2013

Karangan Contoh 7 - Cara-cara Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit


Soalan:
Sebagai pegawai kesihatan anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang cara-cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.


Analisis soalan: 
Isu           -   Penularan Penyakit Berbahaya
Tugasan -  menulis teks ceramah tentang cara-cara mengawalan penularan penyakit berjangkit
Format    -  ceramah

Karangan contoh:-


          Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa Puan Hjh Rohana bt Esmail, Yang dihormati barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru, dan pelajar-pelajar sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara untuk Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit”.

Tuan-tuan dan puan-puan,

      Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpama duri dalam daging dan telah menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya berada dalam kebimbangan yang berterusan. Antara penyakit berbahaya yang pernah melanda negara kita dan negara-negara luar ialah wabak selsema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk SARS).  Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian, penularan penyakit masih lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.



     Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidakan yang teratur merupakan satu cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit, bak k menjaga kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara kita. Contohnya penyakit selesema burung yang bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk negara ini. Oleh hal yang demikian penjagaan kesihatata peribahasa mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Hadirin sekalian,

         Selain itu, pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar negara. Pihak jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang ketat terhadap orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika haiwan tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut tidak dibawa masuk. Dalam hal ini tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan dari negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu ketika dahulu negara China telah diserang penyakit selesema burung yang serius. Oleh itu pelancong dan barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah diperiksa dengan lebih terperinci agar negara kita bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi, pihak berkuasa hendaklah mengetatkan syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar negara untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

          Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak kerajaan hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit berjangkit dengan kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira bantahan dan kritikan masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini kerana penyakit berjangkit biasanya merebak dengan pantas apabila pembawanya tidak dihapuskan,. Misalnya dalam kes penularan penyakit Selesema Burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara atau yang hidup bebas perlu dilupuskan. Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak boleh pilih bulu atau berkompromi apabila kesihatan masyarakat awam terancam seperti kata peribahasa biar titik jangan tumpah. Kerugian akibat kematian haiwan peliharaan adalah lebih baik berbanding kehilangan nyawa manusia akibat diserang penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera. Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan majoriti kerana penularan penyakit tidak akan berhenti jika tidak dibendung. Tindakan yang lambat akan mendatangkan kesan buruk apabila penyakit berkenaan tidak lagi dapat dikawal dengan menyeluruh. Oleh itu, pelupusan haiwan atau pembawa penyakit hendaklah disegerakan untuk memastikan penularannya dapat dikawal.

Tuan-tuan yang dihormati,

       Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini, semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima kasih.




Nota:  Penggunaan peribahasa, cogan kata atau kata-kata hikmat dapat membantu menjadikan sesebuah karangan itu lebih menarik dan meyakinkan.

54 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum nk tanya kenapa bahasa dalam karangan ni pelik sangat cuba baca balik

Unknown berkata...

tq

Unknown berkata...

TQ

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

bolehlah tapi panjang

Unknown berkata...

Hdhdhdbdbdjdjdjdjmdmdmdndndndndnndndjsnsnsnsnsnsndddsjsks

Unknown berkata...

Terima kasih cikgub

Unknown berkata...

Thanks but no thank

Tanpa Nama berkata...

Bagus. Tetapi terdapat sedikit kesalahan tetapi tidak mengapa. Karangan sebegini masih boleh mendapatkan markah yang cemerlang.

Unknown berkata...

TQ

Unknown berkata...

Tq

Unknown berkata...

Oiii panjg oiiiii

ejacc disk boy berkata...

what is the meaning of "panjang weiiiiiiiii"

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih buat aku terseksa menyalin 2 jam karangan ni dalam buku...

Unknown berkata...

THANK YOU❤❤

Unknown berkata...

Mantul cikgu chom I like you so much

Unknown berkata...

Padu arh cikgu chom sangat menolong saya untuk menangani masalah dalam penularan ceramah dari cikgu saya wanie

紫夙 berkata...

terima kasih, cikgu😁😁

Tanpa Nama berkata...

Penulis ni bodoh lah suruh kita tulis ayat yang panjang-panjang

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian Cikgu Chom...karangan ni sangat membantu untuk saya dalam mempelajari lebih lagi teknik menulis karangan yg baik...peribahasa yg pelbagai cikgu masukkan dalam karangan tu pn sangat membantu untuk saya....

Unknown berkata...

Betul tu

Unknown berkata...

Hensem ah cikgu chombi ni

Unknown berkata...

Cikgu nama saya Noor Azam la cikgu

Unknown berkata...

Cikgu tak ingat ke

Unknown berkata...

Cikgu kenal x kepam perem

Tanpa Nama berkata...

Xkan x knl cg ni azam yg selalu kene marah ngan cg skrg azam azam kerja pizzahut delivery mantul pak abu la azam

Unknown berkata...

Mak az dulu bagi azam azam pedigree tu yg bebal

Unknown berkata...

Sape ni yang balas komen anak murid saya ni, mesti busuk perem ni, awak jangan macam macam ye zakwan, jangan sampai saya repot kat orang rumah awak tu si Durra Doraemon tu... Aishh kamu ni zakwan mesti nak plagiat nih

Unknown berkata...

Mak az ke muaz tu awak ni, ejaan kena betul wahai anak tua

Unknown berkata...

Zakwan kenal tak ikan yang boleh bercakap tu.

Unknown berkata...

Cikgu chom babi

Danishia Sathi berkata...

Hi Cikgu..walaupun data bukan anak murid cikgu.. Cikgu punya Karangan juga membatu orang lain.. Terima Kasih cikgu..
Dan Yang comment kat atas Tu.. Hey hello.. Beliau ialah seorang guru yang mengajar ilmu kepada murid.. So tolong hormat sikit ye.. Lagi² kata panjang.. Kalau panjang sangat pegi carilah Karangan orang lain.. ataupun buka satu website dan uploadkan sendiri..at least dapat membantu orang lain Dan juga dapat Komen Yang buruk..
Sorry sir and viewers..if I have hurt you by my words..

Danishia Sathi berkata...

*walaupun saya

Tanpa Nama berkata...

Betul...saya sokong...x baik tau sakitkan hati org...nanti kena kat batang hidung sendiri baru tahu....

Unknown berkata...

Mana ada pelik

Unknown berkata...

Karangan ni sangat Bagus dan ulasan dari isi pun okey

Unknown berkata...

Absolutely

Unknown berkata...

Mcm pandai sangat.. Cakap orang cm tu

Unknown berkata...

Oh

Touch & Go berkata...

Karangan hebat

Unknown berkata...

Tk payah salin panjang² kau hadam jh isi tersurat dan isi tersirat yang terkandung dalam karangan ni.kau sendiri yang susahkan diri kau huhu.

Unknown berkata...

So jelas disini perkataan 'BODOH' tu terkena pada diri anda sendiri

Unknown berkata...

Mantap boss ku , ap pom mantul ,cuma ayat tuan Dan puan tu Tak perlu rasanya,sebab untuk ceramah pelajar sekolah ,elok ad pernambahan ,Tuan puan Dan adik dikasihi sekalian , lepas tu ceramah Ni ,kena tambah sikit sesuatu yg boleh brain storming budak2 kea arah yang diingini ,contoh .Diri sendiri adalah titik permulaan sebagai amalan yang dapat menbendung ,alamak ,sy susun sepuluh jari kerana bagi komen walaupun sy seorang student ,last result B+ jea dpt dalam permakahan Bm, Saya murid yang ingin mendapatkan nasihat yang cengkal Dan berfaedah dari cikgu , # lebih baik pikir Cara nak dapatkan duit iaitu mata pelajaran yang Tak Ada Masa sekolah

Unknown berkata...

tibeeeeeeee

Unknown berkata...

Dh nmanya ucapan

Unknown berkata...

iya kalau nama nya ucapan memang lama

Unknown berkata...

Its mean "so long guys" in malay

Unknown berkata...

Ceramah ni sangat berfaedah

Unknown berkata...

Terima kasih saya telah dapat banyak maklumat dan banyak isi2 tersebut drpd ceramah ini

Unknown berkata...

Insafla anak muda. Pintu taubat masih terbuka

Unknown berkata...

Yee

Unknown berkata...

Super idol

Unknown berkata...

Apa yang peliknya? Dah mmg standart karangan tinggi cmtu

Tanpa Nama berkata...

Hello