HALAMAN 2

Rabu, 19 Jun 2013

Karangan Contoh 13 - Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah Anda

 

Soalan:

Anda telah menyertai pertandingan menulis esei sempena Program Bulan Bahasa di sekolah anda.  Tajuk esei anda ialah ‘ Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah’.  Tulis esei anda selengkapnya.

Analisis soalan:
Tema/isu    :     keceriaan kawasan sekolah
Tugasan     :    menulis esei tentang cara-cara menceriakan kawasan sekolah.
Format       :     Rencana


Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah

Oleh:  Muhd Azhar Mohd Yasin

         Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya persekitaran kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi keselesaan dan keberkesanan pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengatur strategi yang berkesan untuk menceriakan kawasan sekolah.

      Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan secara berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.



       Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalamTaman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

       Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

         Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan memastikan susunan meja dan kerusi sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan teratur. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Nama kelas yang terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan sebagai ganjaran.  Sebaliknya kelas terkotor pula perlu diberi hukuman sebagai pengajaran supaya pelajar-pelajar lebih prihatin akan kebersihan kelas mereka pada masa yang akan datang.  Contohnya, antara bentuk denda yang boleh dilaksanakan ialah dengan menjalankan aktiviti pembersihan, seperti mencuci tandas, kantin, membersihkan kawasan padang dan sebagainya.   Memang tidak syak lagi, dengan adanya aktiviti seumpama ini pelajar akan terdidik dan terbiasa untuk sentiasa mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.




    Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan menjadi pemangikin dan meniup
semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Namun demikian, program 3K memerlukan komitmen daripada seluruh warga sekolah. Sebagai impaknya, sekiranya semua warga sekolah bekerja sama dan berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan program ini, impian untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah tempat menuntut ilmu yang indah, bersih dan selamat akan tercapai


    Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah kerana sekolah yang bersih dan ceria akan menyediakan suasana yang sangat kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.  Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sokongan sekolah perlu melangkah sederap untuk sentiasa menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.  Sekolah ceria, pelajar gembira, guru bahagia.

Cikgu Chom


 

12 ulasan:

Cikgu Kalsom berkata...

Salam,
cikgu dah edit dan membuat penambahbaikan karangan ini. Semoga bermanfaat

Tanpa Nama berkata...

awak edit dari wordpress ni ke? https://twoohiok.wordpress.com/2010/02/23/cara-cara-untuk-menceriakan-kawasan-sekolah/ LOL!

Tanpa Nama berkata...

Kalau edit pon ok pe....ada yg sama... Format lain LOL

Tanpa Nama berkata...

boleh tak jangan add daun daun di blog cikgu .....
lag computer ku

Tanpa Nama berkata...

hiasan daun itu tidak bermakna....
kasi pening pengunjung sahaja.... :(

Odin berkata...

Fantastic

Unknown berkata...

mantap cuk

Unknown berkata...

👍

Unknown berkata...

🖒❤

Unknown berkata...

Pening aku tengok gambar nya ni 😒

Unknown berkata...

Bikin pening je 💩

Unknown berkata...

Bolelah 👍