Karangan Peribahasa Sediakan Payung Sebelum Hujan (Bentuk Ulasan)
Contoh soalan:
Peribahasa Melayu selalu menyebut “sediakan payung sebelum hujan”
Huraikan kepentingan pengamalan peribahasa tersebut dalam kehidupan masyarakat.
Dalam masyarakat Melayu terdapat begitu banyak peribahasa yang mempunyai maksud yang mendalam. Kebiasaannya, peribahasa Melayu terhasil daripada pengamatan masyarakat terhadap alam dan kehidupan manusia secara keseluruhan. Peribahasa “sediakan paying sebelum hujan” merupakan bidalan yang bermaksud kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan ini. Jelaslah, pengamalan peribahasa ini mempunyai pelbagai kepentingan dalam kehidupan sesuatu masyarakat itu.
Seseorang yang mengamalkan peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” akan senantiasa meneroka ilmu sebagai persediaan untuk kehidupan masa depan mereka. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran ini akan sesuai dilalui oleh mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu sahaja yang membolehkan seseorang itu menguasai apa-apa bidang yang wujud kerana berupaya untuk mengalahkan pesaing-pesaing mereka. Oleh itu, pemahaman makna peribahasa ini menjadikan seseorang itu meneroka ilmu sepanjang hidup mereka.
Selain itu, peribahasa ini turut mengaitkan sikap suka menabung. Anak-anak perlu dididik sejak kecil untuk menabung buat kehidupan mereka yang lebih terjamin pada masa depan. Wang yang dikumpulkan secara sedikit-sedikit itu akan mampu digunakan pula untuk melanjutkan pelajaran mereka kelak. Jelaslah, amalan menabung menjadi sebahagian makna dalam peribahasa ini yang banyak kepentingannya itu.
Malahan, peribahasa ini seolah-olah memberikan satu amaran awal kepada sesiapa sahaja untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam hidupnya. Mereka yang memahami peribahasa ini pasti lebih sensitif dengan keadaan sekelilingnya supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan pula kepada. Setiap tindakan pasti akan mempunyai dua pilihan atau aspek yakni kebaikan dan keburukan yang harus diteliti oleh seseorang itu. Sesungguhnya, peribahasa ini menjauhkan sebarang masalah dalam kehidupan seseorang itu.
Peribahasa ini juga amat berguna buat pelajar terutama dalam menghadapi peperiksaan yang begitu mencabar. Mereka yang memahami maksud mendalam peribahasa ini sudah pasti akan bersedia dengan sering menghadiri kelas di sekolah bersama-sama membuat latihan demi latihan. Persediaan sejak awal inilah yang bakal memberikan pelajar satu kelebihan berbanding dengan pelajar lain yang hanya membuat persiapan pada saat-saat akhir sahaja. Sesungguhnya, pelajar yang bersedia lebih awal akibat memahami makna peribahasa ini bakal memperoleh kejayaan yang lebih manis dalam hidup mereka.
Kesimpulannya, peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” amat wajar diamalkan dalam kehidupan kita. Peribahasa ini merupakan satu legasi masyarakat dahulu kepada generasi kini yang perlu diteruskan kewujudannya. Kehidupan masyarakat dahulu kala yang sentiasa berwaspada, beringat-ingat dan berhati-hati perlu dijadikan contoh teladan oleh generasi kini pula. Peribahasa ini boleh disamakan dengan peribahasa “beringat sebelum kena” yang menekankan aspek berhati-hati dalam setiap tindakan kita.
Hak Cipta Terpelihara. Cikguchom.blogspot.com. |
22 ulasan:
Cikgu izinkan saya menjadikan karangan-karangan contoh dalam laman cikgu sebagai bahan bacaan tambahan murid-murid saya di sekolah rendah.T.kasih..
Silakan..bahan di blog saya boleh dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama
assalamualaikum... karangan diatas ini karangan jenis ulasan ke peribahasa... mohon jasa baik cikgu untuk menjawab persoalan saya...
Hi cikgu.the karangan was good.but have some spelling errors. Pls clear them.thank u
Karangan panjang
Karangan panjang
karangan yang memuaskan .. harap perbaiki sedikit kesilapan yang terdapat dalam karangan di atas... ada beberapa ayat yang agak janggal untuk dibaca
Ade ayat yang tidak habis.. Mohon perbaiki
Ade ayat yang tidak habis.. Mohon perbaiki
terima kasih cikgu...
Karangan bagus...tapi ada kesilapan ejaan payung jadi "paying"...
Karangan bagus tapi kesalahan ejaan
ada kesalahan
Sebab dia babi
Rujuk kepada cikgu KALSIUM
Diam kau
Awanama bodoh babi pukimak, asal ko nak copy and paste ke? Bodo bodo
Terima Kasih
mohon share
Bgus lh cg karangan nya saya suka��
saya mohon copy paste untuk bacaan anak saya yang lemah penguasaan bahasa melayunya. Semoga murah rezeki anda
Terima kasih cikgu. Karangan Amalan Menabung ini memang bagus.
\_ಠ_ಠ_/¯
Catat Ulasan