Peribahasa : hangat-hangat tahi ayam
Maksud : hanya bersemangat pada mulanya, tetapi malas pada pertengahan jalan
Contoh Soalan:
Tuliskan satu cerita berdasarkan maksud peribahasa 'hangat-hangat tahi ayam'.
Kehadiran Ahmad disambut mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar yang berpindah dari sekolah lamanya kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja. Ahmad menonjolkan sikap baik dan bersopan-santun agar tidak dipandang serong oleh rakan-rakan baharunya. Ternyata, penerimaan Ahmad oleh teman-temannya tidak mengecewakan. Hari pertama persekolahan lagi, dia sudah didampingi rakan-rakan menyebabkan dia tidak lagi kekok dengan situasi di sekolah baharunya.
Sikap rajin dan berdisiplinnya menyebabkan dia dihormati oleh rakan-rakannya. Dia juga menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Gurunya memberikan sokongan moral apabila mengetahui impian besarnya itu. Malah, dia sentiasa aktif di dalam kelas dan senantiasa bertanyakan soalan jika dia tidak memahaminya. Namun, sikap eloknya itu tidak berkekalan. Pergaulannya mulai liar setelah dia berkawan dengan pelajar bermasalah. Dia mula mengabaikan pelajaran sedangkan suatu ketika dahulu dia begitu bersungguh-sungguh di dalam kelas. Dia tidak lagi dihormati malah dicemuh kerana hanya berpura-pura selama ini. Ahmad mengendahkan segala pandangan terhadap dirinya kerana kini dua sudah memiliki kawan-kawan karib yang sebenarnya merosakkan dirinya.
Sungguhpun begitu, guru-guru yang prihatin menegurnya supaya berubah. Apabila sahaja dia ditegur, dia pasti akan menangis dan mula bertekad untuk membuang tabiat buruknya. Teguran gurunya memberikan inspirasi baharu untuk dirinya berubah. Namun, semangat membaranya hanya seketika sahaja. Dua atau tiga minggu kemudian setelah ditegur, dia akan mengulangi perbuatannya itu. Mujurlah, guru-guru yang mengajarnya tidak jemu dan berputus asa untuk menegurnya agar sikap dan kelakuan Ahmad akan berubah. Guru kelasnya senantiasa memantau sikap Ahmad demi tidak hanyut dalam kancah negatif.
Sikap kepala angin Ahmad ini membingungkan rakan-rakan sekelasnya. Sekejap Ahmad menjadi pelajar yang sangat rajin, seketika nanti dia menjadi pelajar yang bermalah. Ahmad hanya bersemangat pada mulanya, tetapi menjadi dingin setelah jemu berusaha. Kata-kata gurunya bagai mencurahkan air ke daun keladi kerana dia mula mengabaikan pesanan gurunya. Ahmad semakin hari semakin teru perangainya, malah mula ponteng sekolah dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Ramai rakan sekelasnya tertanya-tanya ke manakah hilangnya semangat juang untuk berjaya Ahmad?
Musim peperiksaaan semakin tiba. Ahmad masih leka dengan dunianya sedangkan detik pentingnya sebagai pelajar bakal teruji. Dengan angkuhnya, dia mengabaikan pelajaran kerana yakin dia telah berusaha. Ibu bapanya yang menyedari sikap Ahmad ini turut menegur sikapnya yang kurang elok ini. Sebagai akibatnya, keputusan akhir tahunnya sangat teruk. Malah, dia diturunkan kelas dan bersama-sama dengan pelajar lemah yang bermasalah. Malunya tidak kepalang kerana dijadikan bahan tawa rakan-rakannya yang dahulu mengaku sahabat karib.
Keinsafan mulai timbul dalam hati ahmad. Sikap buruknya ini harus dikikis untuknya berjaya. Memang sahlah, pepatah tua, “hangat-hangat tahi ayam”, ditujukan kepada dirinya kerana hanya bersemangat pada mulanya, tetapi akhirnya mengalah. Kesedarannya untuk berubah kini bukan sahaja jangka masa pendek, tetapi untuk selama-lamanya demi masa hadapan yang gemilang.
Hak Cipta Terpelihara, Cikguchom.blogspot.com |
18 ulasan:
mohon copy
yow
Lol bagilah salam
Bagus karangan ni.
Bagus kepala bapak kau
Cikgu kalsom ialah cikgu (KALSIUM)
Kau nak copy ke
Pergi beli lah kat kedai mamak
Nak copy kepala bapak
awanama ni kau asal dok
ye dooo.. haha tak rilek. thanks cikgu <3
Lucu ke? Kesian dowww..
Ko ni sape
Good
Kau kawan Ahmad ke @tanpanama
Dia ni mesti kawan Ahmad ni.(org negatif)
@tanpanamaberkata kau ni takde adab ke dengan orang biarla dia copy ke apa orang tua kena hormat mana adab kau ha mesti kau biadab dengan mak bapak kau kan dia nak share iolmu kau terima jela asal kau kurang ajar erk jangan sampai aku hack acc google kau
aku diam2 jangan smpai aku buat kurang ajar pulak sedar diri hg tu bodo cikgu tu nak bagi ilmu so terima jela asal kau perlu kurng ajar kau bukan pandai sangat ingatt kAU TU BODO JANGAN NAK BUAT SIAL DEKAT CIKGU
Karangan yang mantap
Catat Ulasan