Kewajaran Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah
Teknologi yang canggih telah membantu
manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin
maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia
membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan
dengan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit
dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita selari
dengan era moden yang penuh kecanggihan ini.
Antara alat canggih yang telah dicipta
oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya
telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun
hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit
juga memperkenalkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS). Selain itu,
kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon
bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga
menggunakan perkhidmatan 3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit
untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat
banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah
rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja
serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit,
mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan
membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, penggunaan telefon
bimbit di sekolah boleh mendatangkan kemudaratan. Apabila pelajar membawa
telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin.
Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka.
Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih setahun jagung
itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih
kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon
bimbit.
Oleh hal yang demikian, mereka berasa
rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon
bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes
kecurian sehingga menyebabkan proses pemelajaran terganggu. Soalnya, adakah
patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai
penyiasat kecurian telefon bimbit? Sudah tentu perkara sebegini ingin dijauhi
lebih-lebih lagi banyak masalah lain yang ditimbulkan oleh para pelajar.
Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan
perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon
bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses
pembelajaran dan pengajaran akan berhadapan dengan gangguan. Semasa ujian,
pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk
jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan
tidak adil terhadap pelajar lain.
Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka
dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti
ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan
telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip
video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut
dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat
yang mungkin boleh merosakkan masa depan mereka.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan
mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan
pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak
sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan
kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak.
Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah
terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan
berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.
Natijahnya,
melalui perbincangan yang disampaikan di atas, kita dapat mengetahui impak
penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan
perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan
telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos
penggunaan yang tinggi. Namun demikian, semua hal ini tertakluk kepada diri
individu itu sendiri bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera.
46 ulasan:
bolehlah///.....
bagusnya!
Kurang Memuaskan
Ok nice
good
Kurang memuaskan...
okey la tu.kurang memuaskan dari segi apa?
Salam...
Bagi saya karangan tersebut berada di tahap yang memuaskan dan belum lagi sesuai di level kan sebagai karangan terbaik.
Ada juga perkataan imbuhan yang tertinggal.
Kesimpulannya, kepada pelajar yg mengarang karangan ini dinasihatkan supaya membaca lebih banyak surat khabar,dan majalah yg sesuai serta mengikuti perkembangan semasa bagi mendapatkan idea2 yg bernas dan lebih canggih.
Penggunaan simpulan bahasa/peribahasa juga boleh ditambah lagi supaya karangan anda lebih mantap dan menarik minat si pembaca dan pemberi markah. Dari markah penuh 10 saya boleh beri markah 6 atau 6.5 sahaja...
Terima kasih.
Wallahualam...
Semoga Berjaya! :-)
Baguslah
Tq
ayooo wasup gaiesss ay ay ay
Kau pahal suka hatj dia ahh bidoh
Wow boleh jdi nota ni....
Best, saya suka sangat kerana terdapat banyak isi
Best, saya suka sangat kerana terdapat banyak isi
hi ulasan ini telah dia
Saya sdh hantar lukisan
nub
Anjay
Siap panjang.....
Mantap karangannya sangat berinspirasi dan membantu, semoga penulis diberi hidayah yang baik 💞
Mohon bersabar,mana tau dia tu cikgu
Cikgu karangan ni berape patah perkataan?
T
Bagus lah cg
ok jer.. terima kasih atas perkongsian cikgu..
Karanganni baik pada masa yang dicetak iaitu tahun 2013 tetapi kini banyak fakta yang telah disampaikan adalah salah kerana kemajuan teknologi. Sebagai contoh gelombang telefon pada tahun 2021 ini tidak menjejaskan kesihatan.
Terima kasih atas perkongsian Tuan.
Buat sendiri kalau nk memuaskan
Ok lah ni cantik ayat tu. tq kerana beri inspirasi dan nota..!!
HII DOAKAN SY BERJAYA DUNIA AKHIRAT ...TQ
gong gong
Pishang
OTAK PENULIS NI NEGATIF,SEMUANYA YANG DITULIS TENTANG KEBURUKAN.TIADA SATU PUN KEBAIKAN,SEBAB INILAH NEGARA KITA TIDAK MAJU SEPERTI YANG LAIN.OTAK KEBANYAKAN ORANG TIDAK BERFUNGSI.SENANG CAKAP KORANG NI BODOH
Karangan ini mengakibatkan saya, Jasus Chrisus, berak di lantai secara sembarangan. Sila kontak aku, 60123456789. bye. - Jasus Chrisus.
Terbaiklah 👍🏻❤️
Panjang sial,aku penat kena salin 0/5
Siap
Antu gila
Hmmm macam tak ikut format dia tapi takpe, bole ja ambik jadikan isi
Terbaik
everyone be roasting blud in the comments chill out niggas lmaoo
I hate u
Good good
Aq rse okey jee karangan dia klau korang nk yg helok buat ah sendiri nk maki ii plak ape masalah??
Catat Ulasan