Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan remaja dalam memupuk semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri
daripada semua lapisan umur termasuk remaja. Dalam hal ini, remaja ada
peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik
dan mesti dikekalkan oleh masyarakat, khasnya golongan remaja.
Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan
masyarakat seperti Rukun Tetangga (RT). Kini, aktiviti RT semakin meluas
fungsinya seperti aktiviti pendidikan, sukan, keagamaan, rekreasi, dan
kesihatan. Remaja boleh terlibat dengan aktif. Melalui persaudaraan dan
semangat kejiranan dapat mewujudkan rasa kasih sayang, bantu-membantu dan
kekuatan dalam kalangan rakyat. Malah, melalui suara kolektif remaja dapat
saling membantu, mengingatkan dan menegur sesuatu yang tidak kena dalam
masyarakat. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat
menghilangkan perasaan iri hati, dengki, bermusuh-musuhan dan sifat negatif
lain yang membawa perpecahan.
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin
keselamatan kawasan setempat daripada ancaman luar. Semuanya dapat dibendung
jika jiran memainkan peranan masing-masing dan remaja boleh mengambil inisiatif
dengan melaporkannya kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya
perkara yang meragukan. Sesungguhnya, remaja boleh bekerjasama dengan media
massa untuk menyemarakkan semangat kejiranan. Misalnya, dengan
memaparkan rencana yang menekankan peri pentingnya semangat kejiranan dan
perpaduan. Selain itu, remaja boleh berinteraksi dengan ibu bapa untuk
memastikan kejiranan golongan remaja sentiasa kondusif dan baik.
Mereka juga perlu berbincang dan bersepakat dalam
melaksanakan program yang bersesuaian agar matlamat yang satu dapat dicapai.
Hal ini demikian kerana semangat kejiranan mampu mengekalkan keamanan,
keselamatan dan ketenteraman. Remaja mesti menjadikan agama sebagai pegangan
utama agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, kejiranan dan negara.
Remaja perlu mempunyai daya tahan dari segi fizikal
dan mental agar dapat membentuk kejiranan yang kental dan utuh. Elemen
jati diri dan kawalan diri yang kukuh dapat mengawal perasaan dan emosi
daripada terjerumus ke lembah yang hina. Segala usaha untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang
singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang
tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni.
7 ulasan:
assalamualaikum cikgu. ada skma jawapan tak? boleh kongsikantak? terima kasih
Assalamualaikum cg..x da contoh jwpn ka
X da contoh jawapan ke?
I need a little bit patience
(Ksi) And The (Polo G) And My man (YUNGBLUB)
Watch it on Youtube m8
Terima kasih. Minta izin guna latihan yang dikongsikan.
terima kasih.mohon izin guna bahan ye cikgu
Terima kasih, mohon izin guna bahan cikgu ya.
Catat Ulasan