Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam
·
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
·
Menjimatkan masa
·
Mengurangkan kos
·
Mengurangkan pencemaran udara
·
Dapat menambah pendapatan negara
Berdasarkan isi-isi penting yang diberi, bincangkan kebaikan-kebaikan
menggunakan pengangkutan awam di negara kita
.
Dunia
kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin menuju ke
status negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam masih
dipandang sepi oleh segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah lebih
baik jika hendak dibandingkan satu dekad yang lalu. Pihak kerajaan telah
mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik mutu perkhidmatan
pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah yang kita
peroleh apabila menggunakan pengangkutan awam.
Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering
menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah runcing
lagi apabila tiba waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja. Sekiranya
orang ramai sepakat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja,
pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, semua orang
menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta persendirian di
atas jalan raya pastinya berkurangan.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan masa
individu yang menggunakannya. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit
Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang tidak melalui jalan raya pastinya
mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini
juga dibina di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala
Lumpur Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh
jalan raya yang sesak dengan kenderaan.
Di samping itu, apabila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, kita
dapat menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol yang tinggi
dan juga bayaran parkir kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita menggunakan
kenderaan persendirian ke tempat kerja. Namun demikian, dengan kos yang rendah
kita tidak perlu risau dengan kos petrol dan bayaran parkir berkenaan apabila
menaiki kenderaan awam. Wang lebihan berkenaan boleh dibuat tabungan kerana
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita sepakat
untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi. Hal ini tidak
dapat dinafikan kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin
berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada manusia
turut berkurangan. Kesannya, kita dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan
rumah hijau sekali gus. Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia dapat hidup
dengan sihat dan sejahtera.
Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut mampu menarik
minat pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pendapatan
negara akan meningkat seiring dengan penambahan jumlah pelancong tersebut. Hal
ini membolehkan pihak kerajaan merangka lebih banyak kemudahan dan prasarana
untuk kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam ini
perlu digalakkan demi memastikan kelangsungan penggunaanya dalam masyarakat.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, penggunaan pengangkutan awam di negara
kita ini mendatangkan seribu satu faedah buat rakyat dan negara. Oleh itu,
semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan
kemudahan yang disediakan ini diselenggara dan dijaga dengan rapi untuk
memastikan kelangsungan penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak dipandang
enteng, tidak mustahil negara kita mampu mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020 seperti yang dicita-citakan.
40 ulasan:
serabai
Dandandandandandandandandan
Mantap jiwa panjangnya
Karangan yg bogus😁
bagusss😃
fuck
bagus karangan ini😎
Eyy best
haritu saya kena ban dari website ni
Apahal pnjg sgt
Puas aq nk salin.. Cikgu suruh
karangan yg bgus,saya suka sbb isi dia bnykk
Panjang benor
Asal panjang sangat
Goooooooooooooooooooooooooooooooooooooood
Sangat membantu, terima kasih����
Terima kasih
putus jari kene salen bende nie allahu
Saya guna na
Uih sabar
Isi yang banyak tapi huraian yang agak kurang tapi tetap bagus👍
Mantap 7 perenggan
sangat berguna
aku je eh rase cam serabut baca karangan ni ..
Saudara atau saudari kena pandai hargai karya org tau.. Slh satu ya cara menghargai karya tulisan org adlh memberikan komen yg sopan sama ada dlm bentuk positif atau negatif... Bak kata pepatah bahasa jiwa bangsa
jahat mulut budak budak sekarang ni.suruh salin pun banyak complain. belum lagi suruh perah otak menulis. baru cikgu suruh salin, dah banyak bunyi. mak ayah tak bagi cukup makan ke kat rumah? orang dah bagi writing sample, tak suka diam. tak perlu nak hilang adab bagi komen tak sopan. you guys are weak. lol. moga aku dijauhkan daripada dapat pelajar malas mcm ni.
whoever writing this, thank you so much for your effort. your blog has helped my students in their writing. terima kasih atas ilmu yang anda kongsikan.
2020 covid bln 3
ko tau tak di sebab kan ni aq kne salin semua dalam masa 2 hari
TU AH
karangan yg bagus. memberi penerangan yg mudah fahami.
karangan paling mudah difahami bagi saya '-'
i love wahab and hazman
Such a good ideaaaaa!! I hope i can do my bm karangan like THISSS... ��������❤️
karangan mantap moga penulis diberi rahmat, kesihatan dan umur yg panjang.
I like this one
Terima kasih kepada cikgu yang berkongsi contoh karangan ini. Ianya sangat bermanfaat. Kepada yang komen serabai la, panjang sangat la, apa benda la..saya nak kata, yang searabai tu awak. yang rasa panjang tu sebab pemalas, kalau ni pun rasa panjang, masa masuk universiti nanti lagi panjang. Hidup ni jangan nak merungut je. Dah baca karangan ni kata tak paham tu, mesti jenis tak baca buku. Shameless betul.
Yang kurik itu kundi...
Yang merah itu saga...
Yang baik itu budi...
Yang indah itu bahasa...
"Seorang muslim itu adalah seseorang yang orang islam lainselamt daripada lidah dan tanganya" - Al-Bukhari-
Ini ialah karangan yang mantap boleh membantu banyak pelajar untuk menulis karang ,terima kasih
uishh gempak karangan ni, banyak benor isii, terima kasihh
Saya minta izin gunakan karangan ini utk pengajaran saya. Terima kasih.
Sa rasa tak pandai ni i tak boleh hafal sebab susah.
Catat Ulasan