Anda telah menyertai pertandingan perbahasan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk perhahasan tersebut ialah Penggunaa Internet lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan . Kemukakan hujah-hujah anda sebagai pihak pembangkang yang pertama |
.
Analisis soalan:
Isu
– kebaikan dan keburukan
internet
Tugasan – mengemukakan hujah-hujah tentang keburukan internet
sebagai pihak
pembangkang pertama
Format - Perbahasan
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para
panel hakim yang adil lagi bijaksana, barisan para pencadang sekalian, dan para
hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam
satu Malaysia.
Berdirinya saya pada hari ini, dengan membawa tugasan untuk
membangkang tajuk perbahasan pada hari ini iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih
Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan’. Kam barisan pihak pembangkang amat
tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut kerana penggunaan internet
sebenarnya membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Para
hadirin sekalian,
Sebagai pihak pembangkang yang pertama, sebelum saya mengemukakan
hujah-hujah saya dengan lebih bernas
dan panjang lebar , lebih baik jika kita memahami tajuk perbahasan kali ini
iaitu ‘Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan’. Oleh itu, izinkan saya menerangkan apakah yang kita
faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat
global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Memang tidak dapat dinafikan, segala bentuk maklumat
dapat kita peroleh daripada penggunaan Internet ini, namun ternyata penggunaan internet akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Hujah saya yang pertama sekali ialah atas kata kunci
penggunaan internet akan menyemai sikap buruk dalam jiwa individu. Maklumat tanpa sekatan dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar dan sesiapa
sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung dalam Internet.
Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak.
Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang
dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing
yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah
laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh
merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila. Justeru, ini jelas menunjukkan bahawa
internet membawa keburukan kepada penggunanya terutama golongan remaja.
Hadirin
dan hadirat yang dihormati sekalian.
Hujah saya yang
kedua ialah atas kata kunci penggunaan internet melalai dan
melekakan
terutama bagi golongan remaja dan pelajar sekolah. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak
kata. bagi kanak-kanak sekolah,
Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang
masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu
leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan
di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa
dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak
sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan
tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang
berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan
yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar
memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan
mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi. Sudah terang lagi bersuluh, internet
jelas membawa keburukan daripada kebaikan.
Hadirin
yang dikasihi sekalian,
Hujah saya yang ketiga, atas kata kunci internet menyebabkan
hubungan sosial dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu
memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Sebagai contoh untuk menguatkan hujah saya, golongan yang dapat melayari
Internet di rumah akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan
masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat
pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak
baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan
perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti
penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan
apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Hujah saya yang keempat , atas kata kunci penggunaan internet boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal penggunanya. Selalunya pengguna Internet meluangkan
masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak
kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan
rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas dan minda menjadi penat dan beku sehingga tidak boleh berfikir dengan baik. Bagi pelajar sama ada di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi, keadaan ini melemahkan minda mereka untuk menerima ilmu yang telah diajar oleh guru-guru. Lebih malang lagi apabila pelajar tidur di dalam kelas kerana mengantuk. Keadaan ini perlu dibanteras jika ingin mencapai hasrat negara melahirkan remaja cemerlang.
Hujah saya yang kelima atas kata kunci , penggunaan Internet boleh menyebabkan
penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang
dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah
kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara
masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka
perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan
Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat
berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui
Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak
kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat
palsu tentang agama kepada orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin
menegaskan pendirian kami barisan pihak
pembangkang bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai.
Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah ‘Terlajak perahu boleh
diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.
Sekian
sahaja, terima kasih.
28 ulasan:
Perenggan ketiga baris terakhir; perkataan 'tetapi' tidak boleh digunakan sebagai permulaan ayat. Saya rasa 'namun' lebih sesuai.
Terima Kasih :)
Betul tu. Sebab tu kita sebagai ibu bapa perlu monitor apa yg anak2 kita surfing. :)
Thx
Terima kasihi En Wong..sudah saya semak dan dibetulkan.
tq tq qtq tq sooooooooooooooooooooooooooooooooooo much...................................................
yay jumpe pon yg bagus
hi x best langsong karanag nji macam taik
Skurang kurangnye bape isi
asal panjang sgt sial
salin jelah
masyeh . karangan boeekk punyaa :))))
Ermmm terkejut baca sbab bgus sngt゚( ゚இ‸இ゚)゚
sangat membantu
Sangat membantu saya. Karangan yg bagus serta isi yang menarik
Boleh salin semula
很好啊~
ORAORAORAORAORAORAORAORAORAORAORAORAORAORA
Knp panjang sangat
Bapangggggggggg..
Nape kne salin ke??
Terima kasih untuk contoh karangan yang bagus.
Saya cadangkan semua ulasan atau komen perlu di diwajibkan nama atau identiti dan perlu ditapis oleh moderator.
Wow sangat terbaik
Sangat membantu bagi saya
Bobux
Tq..sebb cikgu saya ada bagi kerja rumah kena buat pembahasan infront semua orang. pastu saya tak persediaan. This is so annoying. But whatever.....TQ so much appreaciate it
Terima kasih atas contohnya...
tah.pape tah
Catat Ulasan