HALAMAN 2

Khamis, 6 Jun 2013

SKEMA JAWAPAN PEMAHMAN 3 - FAEDAH-FAEDAH BERPERSATUAN DALAM KALANGAN REMAJA





SKEMA JAWAPAN PEMAHAMAN

i)                    Berikan maksud rangkai kata “meminggirkan peranan”, mengikut konteks dalam petikan di atas.                                                                                                                    [2 markah]
Maksud rangkai kata meminggirkan peranan dalam petikan ialah menetepikan/megesampingkan fungsi/tugas    
                  
ii)                   Naytakan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengalakkan golongan belia menyertai kegiatan berpersatuan.                                                                                        [4 markah]

Usaha-usaha yang dilakukan untuk mengalakkan golongan belia menyertai kegiatan berpersatuan ialah segala perancangan dan dasar yang dibuat kerajaan, belia turut diberi perhatian.  Selain itu, dalam mengimarahkan lagi pembabitan golongan muda dalam persatuan, pertubuhan belia perlu mengorak langkah lebih aktif untuk menarik golongan belia dalam  berpersatuan.  Dalam diri belia pula perlu ditanam bahawa kegiatan berpersatuan sebagai sebahagian ibadat.

iii)                 Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ibu bapa dan sekolah supaya pelajar aktif dalam kegiatan berpersatuan?                           [4 markah]

Pada pendapat saya, peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ibu bapa dan sekolah supaya pelajar aktif dalam kegiatan berpersatuan ialah ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik dengan menyertai persatuan seperti Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) atau persatuan belia di kawasan-kawasan perumahan supaya anak-anak dapat memahami kebaikan kegiatan berpersatuan.  Selain itu, pihak sekolah pula perlu memberi ganjaran atau hadiah yang bersesuaian kepada pelajar yang menunjukkan prestsi yang baik dalam persatuan seperti Persatuan Bahasa Melayu, persatuan Perdagangan dan Pengguna dan sebagainya supaya pelajar terus berminat dalam aktiviti –aktiviti berpersatuan.


                        Teknik menjawab dengan baik:
1.       Jawapan pelajar mesti dalam bentuk ayat yang sempurna dangramats dengan mengambil sebahagian ayat dalam soalan.
2.       Bagi soalan 4 markah, beri sekurang-kurangnya dua isi.
3.       Gunakan penanda wacana seperti ‘selain itu, seterusnya, tambahan pula’ ketika menyatakan isi baru dalam jawapan.

4 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih cikgu kalsom,ia dapat membantu saya membuat ringkasan dan pemahaman lebih baik :)

Cikgu Noraini berkata...

terima kasih cikgu, saya ambil sebagai latihan ya. Semoga menjadi amal jariah.

Unknown berkata...

Tq cikgu.. nasip baik ada cikgu 😉

Admin berkata...

Assalamualaikum. terima kasih banyak2 cikgu. semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki cikgu